Senarai 12 Nama Mangsa Yang Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Simpang Ampat, Melaka

Salam Buat Semua, Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Dan Mengikuti Perkembangan Kes Kemalangan Ngeri Di Simpang Ampat, Melaka Yang Kini Telah Pun Meragut 15 Nyawa.. Di Harap Keluarga Mangsa Dapat Bersabar Dengan Dugaan Yang Menimpa.. Kita Hanya Mampu Merancang, Tuhan Yang Akan Menentukan Sambung Baca Lagi Di Sini


Bertambah Sedih Rasanya Apabila Aku Membaca Rintihah Ibu Kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, Di Metro Online Hari Ini, Sharene Sofia Merupakan Anak Bongsu Daripada Dua Beradik Dikatakan Mahu Berjumpa Kawan nya Yang Di Kenalinya Semasa Berada Di Kem Latihan PLKN Yang Menetap Di Klang Selangor, Namun Setelah Hasratnya Untuk Ke Klang Telah Dilarang Oleh Kedua Ibubapanya, Sharene Sofia Dikatakan Merajuk.. Kerana Tidak Mahu Dia Merajuk berpanjangan, Akhirnya Ibunya Membenarkannya Pergi.Tapi, Siapa Sangka.. Malang Tak Berbau.. Akhirnya, Berita Sedih Yang Di Terima Oleh Ibubapanya...

Untuk Berita Penuh, Korang Boleh Baca Di Bawah... Di Ambil Dari Metro...

Spoiler:

MELAKA: “Tak sangka, kami ‘lepaskan’ dia sekejap saja, tetapi dia pergi buat selama-lamanya. Itulah kali pertama dia menaiki bas ekspres sepanjang hayatnya, tapi menjadi yang terakhir,” rintih Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18.


Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.


“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.

Jenazah Allahyarham Sharene Sofia dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, di tanah perkuburan Islam Umbai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, bas ekspres Delima yang membawa 34 penumpang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan lebuh raya dan menghempap beberapa kenderaan menyebabkan 12 terbunuh.

Polis mengesahkan 10 yang terbunuh penumpang dan pemandu bas ekpres berkenaan dan masing-masing satu dipercayai pemandu van dan kereta Honda Accord.

Rohata berkata, selepas diizinkan pergi, Sharene Sofia mula berubah menjadi terlalu periang dan suka bermanja dengannya serta keluarga.

“Dia nampak ceria berlebihan dan suka bergurau serta menyakat saya. Malam sebelum menaiki bas, dia meminta tidur bersebelahan kakaknya (Natasha Ernie, 19), tetapi anak sulung saya tidak membenarkannya,” katanya yang kini menetap di Taman Semabok Perdana, dekat sini.

Menurut Rohata, selepas menghantar Sharene Sofia di Terminal Melaka Sentral, dia tidak turun dari kereta, sebaliknya hanya bersalaman ketika menurunkannya berhampiran bas yang mahu dinaiki.

“Selepas itu saya tidak lagi melihat kelibatnya. Bagaimanapun, saya sempat menghubunginya bagi memastikan dia selamat menaiki bas,” katanya.

Rohata berkata, sejam selepas itu, dia menghubungi telefon bimbit anaknya lima kali termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi tidak dijawab.

“Saya bertambah bimbang apabila rakannya yang menunggu di Kuala Lumpur menghubungi memberitahu bas dinaiki Sofia belum tiba.

“Saya dihubungi semula rakannya dan terkejut apabila diberitahu kenderaan dinaiki anak saya terbabit kemalangan.

“Saya menghubungi polis di Negeri Sembilan dan Melaka, namun mereka gagal mengesan nama anak saya dalam senarai mangsa cedera atau terbunuh.

“Kerana tidak sedap hati, saya dan suami terus ke Hospital Melaka bagi mendapatkan maklumat di Jabatan Kecemasan, namun masih gagal,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rohata, apabila tiba di Jabatan Forensik, anggota polis memintanya membuat pengecaman menerusi gambar.

“Alangkah terkejut dan pilunya saya apabila mendapati gambar mayat itu anak saya. Apapun, saya tetap reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.


Berikut Adalah Senarai Nama 12 Daripada 15 Mangsa Yang Terkorban Dalam Nahas Simpang Ampat, Melaka Pada Tarikh Keramat 10.10.10.

Pemandu Bas Ekspres
R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;

Penumpang Bas Ekspres
Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
Azizi Ajis, 19, dari Kampung Gapis, Nyalas;
Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;
Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga;
Eng Sok Kuan, 52, berasal dari Kuala Lumpur.

Penumpang Bas Ekspres Warga Myanmar
Pau Khan Tual
Kam Khaw Tual, 28
Cin Thawa Tuang (umur tidak diketahui).

Pemandu Van
Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat

Penumpang Honda Accord
Pang Shi Moei, 57,dari Taman Segar, Segamat.

Tiga Lagi Mangsa Yang Cedera Parah Dilaporkan Telah Meninggal Dunia Di Hospital Hari Ini. Senarai Teperinci Untuk Tiga Mangsa Ini Masih Belum Di Ketahui.. Akan Di Update Bila Aku Dapat Info Nanti...

Video Semasa Kemalangan... Lemah Semangat Di Larang Tengok...!!!!
http://www.facebook.com/v/442174189436

Untuk Gambar Dan Video Kemalangan Ini, Korang Boleh Tengok Kat Facebook Fan Aku... Thanks...

P/s:Jangan Saling Menunding Jari Pabila Berlakunya Kemalangan Ngeri Seperti Ini... Di Harap Pihak Berwajib Dapat Menyelesaikan Masaalah Ini...

p/s/s:Kepada Adik-Adik Kat Luar Sana, Dengarlah Kata Ibubapa Anda.. Jangan Sesekali Menyakiti Hati Mereka..

P/s/s/s:Terdapat 3-4 Keping Gambar Di Facebook Terpaksa Di Buang.. Kanapa Eh?

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 R. Ramachandra,Muhammad Farizuddin Talib,Azizi Ajis,Norazmi Abdul Karim,Sharene Sofia Fadzry Tan,Nur Shafika Baba,Eng Sok Kuan,Pau Khan Tual,Kam Khaw Tual,Cin Thawa Tuang,Goo Chuan Heng,Pang Shi Moei,gambar R. Ramachandra,gambar Muhammad Farizuddin Talib,gambar Azizi Ajis,gambar Norazmi Abdul Karim,gambar Sharene Sofia Fadzry Tan,gambar Nur Shafika Baba,gambar Eng Sok Kuan,gambar Pau Khan Tual,gambar Kam Khaw Tual,gambar Cin Thawa Tuang,gambar Goo Chuan Heng,gambar Pang Shi Moei,facebook R. Ramachandra,facebook Muhammad Farizuddin Talib,facebook Azizi Ajis,facebook Norazmi Abdul Karim,facebook Sharene Sofia Fadzry Tan,facebook Nur Shafika Baba,facebook Eng Sok Kuan,facebook Pau Khan Tual,facebook Kam Khaw Tual,facebook Cin Thawa Tuang,facebook Goo Chuan Heng,facebook Pang Shi Moei,accident, kemalangan di plaza tol simpang ampat melaka, Utusan,artis, facebook, foto, friendster, gambar, keluarga, kisah, latar belakang, nama penuh, photo, pics, siapakah, tagged, video, youtube Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

2 Response to "Senarai 12 Nama Mangsa Yang Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Simpang Ampat, Melaka"

  1. Afra Yuri says:

    tsk... okey gambar tu first time i tengok... :(takziah kepada keluarga yang terlibat

    d_tieah says:

    Takziah kepada keluarga mangsa..Huhu..

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Free Web 2.0 Template