Salam Buat Semua,Berita Sedih Buat Peminat Lelaki Yang Try Nak Tackle Diana Danielle
Kat Luar.. Diana Danielle Hari Ini Mengaku Yang Dia Mempunyai Seorang Bodyguard Bagi Mengelakan Sebarang Kejadian Yang Tak Di Ingini Berlaku.. Ala, Tak Salahkan Mengupah Seseorang Menjaga Keselamatan Kita Semasa Berada Di Luar Rumah.. Nak Pula Kalau Seseorang Itu Terkenal, Kaya Atau Seseorang Yang Ternama.. Macam Aku.. <-- Choii...!!
Gambar Sekadar Hiasan... Dan Lelaki Itu Bukan Aku Tau...!!!
Mungkin Juga Pasal Sekarang Ni Diana Danielle Banyak Menerima Tawaran Berlakon Dan Terpaksa Pulang Ke Rumah Lewat Malam, Jadi, Si Abang Bodyguard Ni Boleh La Menemankan DD Ni Pulang Ke Rumah... Tak Gitu..!! Jangan Sampai Dalam Rumah Udah La Ye... Hehehe... Tapi Time Berbuka Puasa Dengan Diana Danielle Di
Majlis Berbula Puasa Bersama mStar Hari Tu, Takde La Pulak Aku Nampak Dia Bawa Abang Bodyguard Dia... Bodyguard Dia MC Kot Time Tu... Hehehe...
Sambung Baca Lagi Di Sini..!!!Berita Penuh Boleh Di Baca Dari
Utusan Malaysia Online Atau Klik "Buka" Di Bawah Ni...
Spoiler:
SETAKAT ini di Malaysia, ramai yang sudah tahu Diva kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi antara artis yang sudah pasang bodyguard.
Kalau di Hollywood, perkara-perkara sebegini langsung tidak dipandang pelik. Setuju bukan?
Nah, terbaru dengar cerita Diana Danielle pun tidak mahu kalah. Wah..Pancaindera tabik jugalah sebab rasanya bukan calang-calang artis yang boleh pasang pengawal peribadi melainkan poketnya sentiasa penuh.
Tenang menjawab pertanyaan Pancaindera baru-baru ini, anak gadis tunggal Norsiah Ramli ini sedia memberi hujahnya.
“Memang benar saya ada pengawal peribadi. Pada saya itu bukan sesuatu yang aneh dan dia pun telah bekerja dengan saya sejak setahun lalu selepas saya dan mama berbincang bersama.
“Saya faham kenapa mama mahukan ia begitu. Ini kerana dia tidak dapat berada dengan saya 24 jam setiap hari dan sebagai anak perempuan tunggal, dia sedaya mungkin mahu menjaga keselamatan saya.
“Tetapi saya tidak sangka pula ada orang yang salah faham dan menjadikan ini satu isu. Saya selagi boleh tidak mahu bercakap mengenai hal ini.
“Faham faham sahajalah kalau sudah ada mata yang nampak siapalah saya untuk menghalang orang daripada bercakap-cakap, betul tak?” katanya.
Tutur gadis berusia 19 tahun ini lagi, dia jelas kurang senang dengan segelintir pihak yang memandang serong terhadap rezeki yang diraih hasil usahanya sejak mengabdikan diri dalam bidang lakonan lima tahun lalu.
Malah, ada juga mulut-mulut jahat yang mendakwa Diana sengaja menunjukkan kehebatan dan kemewahannya dengan memasang pengawal peribadi.
“Ini bukan satu kesalahan pun. Lagipun, karier sebagai pelakon banyak cabarannya termasuk pulang lewat malam. Macam-macam perkara boleh terjadi.
“Ia demi keselamatan dan saya bukannya mahu menunjuk-nunjuk. Pada saya, kalau mampu apa salahnya?” ujar Diana lagi.
Diana artis sombong?
Mencapai kejayaan pada usia yang dianggap muda, Diana tentunya tidak terlepas daripada menjadi mangsa dan dilabel sebagai artis sombong.
Selain itu, gelaran berlagak dan biadap juga pernah dilemparkan padanya saat Diana meniti jambatan untuk tiba di puncak kejayaan.
Tanpa sedikit pun melatah, Diana sempat mencelah dengan menyatakan bahawa dia sudah biasa dengan keadaan itu malah menyifatkan fitnah itu sebagai sebahagian daripada makanan yang harus ditelan saat mengusung gelaran artis dan selebriti.
“Saya percaya, artis-artis lain juga pernah menerima tohmahan begini. Baiklah, kalau ada yang katakan saya sombong atau berlagak saya minta maaf.
“Saya tidak salahkan mereka kerana karakter saya di luar memang seorang yang kurang peramah dengan orang yang tidak dikenali.
“Mungkin kerana itu mereka menganggap saya sombong. Tetapi kalau mereka yang kenal siapa Diana Danielle, mereka akan tahu saya bukanlah orang yang begitu,” katanya.
Bicara gadis yang dikatakan bercinta dengan aktor kacak Farid Kamil ini lagi, dia kerap kali rasa bersalah dengan keadaan sedemikian.
“Tak banyak bercakap pun salah, terlebih bercakap apatah lagi? Jujurnya kadang-kadang saya keliru apabila berada dalam situasi begitu.
“Apa pun, saya mahu peminat tahu bahawa saya tidak pernah sombong atau mengabaikan mereka jika mereka mendekati saya,” ujar Diana.
Inspirasi Jodie Foster & Yasmin Ahmad
Enggan digelar artis tidak berilmu, Diana yang telah menamatkan kursus asasi dalam jurusan Biosains Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor bercadang untuk terus mendalami ilmu itu.
Kata anak kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat ini, jika tiada aral melintang, dia akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi bermula awal tahun depan.
“Saya mahu menjadi seperti Jodie Foster dan arwah Yasmin Ahmad, ” katanya ringkas mengenai sumber inspirasinya tatkala membuat keputusan untuk mendalami bidang pilihan.
“Tetapi lokasi untuk saya menyambung pengajian tak dapat dipastikan lagi sebab ia masih belum disahkan. Kalau ikutkan hati, biarlah ia dekat dengan kediaman saya di Sunway, mudah untuk saya berurusan,” katanya.
Video Lama - Diana Danielle Yang Kelakar... Bersama Pengacara Akademi Fantasia Musim Ke-8
Jimmy Shanley, Love This... ♥♥♥
http://www.facebook.com/v/438823179436P/s:
Diana Danielle Adalah Artis Kesayangan
aKu Ryan, Korang...?
P/s/s:Dah Tengok Ke Filem Magika Lakonan Diana Danielle ?? Best Tak Hengat...!!!
http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang
LIKE Di Bawah.
Yelah, skrg mcm2 leh blaku..So, bwspada sebelum terkena..
den pon nak kena hire bodyguard la camni. hehe :p
bodyguard?? patutnya dia kahwin dengan I je lagi selamat...kan???
@d_tieah - Berhati2 Di Jalan Raya... hehehe..@Anna Boleyn - Hana Nak Ke...? aREaL Boleh... Nak Ke ?? Siyes...!!!!@Fitrihadi.com - Nak Lagi Selamat Kawin Ngan Aku Sekali.. Dua Lebih Selamat, Lebih Suci, Lebih Murni... Hehehe....Thanks All For Droping By....