Gambar Dan Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Di Rambau Semalam

Salam Buat Semua, Terkejut Bila Terdengar Buletin Utama TV3 Malam Tadi Berkenaan Kemalangan Lebuhraya Utara Selatan Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat Rambau Semalam Yang Melibatkan Dua Buah Bas, Tiga Buah Kereta Dan Sebuah Van.. Kemalangan Ini Telah Mengorbankan 12 Nyawa Dan 40 Lagi Cedera.. Lagi Kemalangan Melibatkan Bas Tahun Ini.. Lepas Ni Orang Dah Mula Hilang Kepercayaan Dengan Bas La Nampaknya... Read More...!!!


Ingatkan Di Musim Perayaan Je Yang Banyak Kes  Kemalangan Begini.. Fuhh...!!! Ngeri Siot...!!! Cuba Korang Bayangkan, Mayat, Daging Dan Darah Bertaburan Di Atas Jalan Raya, Ada Mangsa Yang Terputus Kepala.. Dah Macam Dalam Movie 2012 Aku Rasa... Apapun, Malang Tak Berbau. Diharap, Janganlah Ada Yang MemBoikot Bas Ekspres Delima Dan Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lepas Kes Ni.. Kat Bawah Ni Aku Sertakan Beberapa Gambar Yang Aku Copy Paste Dari Blog Bro Ondscene, Utusan Malaysia , Metro, Kosmo Dan Email Yang Aku Dapat Daripada Faizal.. Video Pula Daripada Youtube... Sila Berterima Kasih Kepada Mereka Ya...










Untuk Gambar Yang Lebih Ngeri,Jelas Dan Lebih Detail, Silalah Ke Facebook Fan Aku Atau Ke Facebook Bro Mohd Safuan Bin Salahudin Ini. Thanks.

Petikan Daripada Utusan Malaysia.. Klik "Buka"
Spoiler:

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.

Video Kemalangan Yang Sempat Dirakamkan Oleh Pengguna Jalan Raya Yang Kebetulan Lalu Di Tempat Kemalangan <-- Skemanya Ayat Aku




http://www.facebook.com/v/441968524436

Video Pada Waktu malam..




http://www.facebook.com/v/442003254436

P/s:Padu Cermat, Jiwa Selamat... Ingatlah Orang Tersayang dan Penumpang Bas Di Belakang... Al Fatihah Buat Mangsa Yang Beragama Islam...

P/s/s/: Di Masa Akan Datang, Bila Di Sebut 10.10.10, Apa Yang Korang Akan Ingat ? Kemalangan Ngeri Ni , Perkahwinan Bersejarah Angkasawan Negara Atau MotoGP Di Sepang...!!!

P/s/s/s: Dah Lama Rasanya Tak Naik Bas.. Bila Kali Terakhir Korang Naik Bas...? Pernah Naik Bas Ekspres Delima Tak...?

Comment Dari idazafri kamil,
Bos Sani express pun kawin gak pada 10.10.10, nasib baik bkn bas dia yg terlibat ni.




http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 gambar kemalangan ngeri,kemalangan 2 buah bas,kemalangan di rembau,gambar kemalangan di rembau,gambar kemalangan bas di rembau,2 bas kemalangan di rembau,video kemalangan di rembau,bas ekpress delima,owner bas express delima,kemalangan bas sani Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

4 Response to "Gambar Dan Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Di Rambau Semalam"

  1. hEarTLeSs says:

    kali terakhir naik bas 8hb10 balik perlis sebab tak dpt book tiket tren...tapi xpernah naek bas delima nih..adoyai dahla slalu balik johor nek bas ngeri la macam ni...sungguh malang tak berbau..alfatihah utk arwah & takziah utk keluarga mangsa yang terlibat

    Bos Sani express pun kawin gak pada 10.10.10nasib baik bkn bas dia yg terlibat ni.

    minta izin copy n paste kat blog saya ye..

    minta izin ya.... tq for the news... may their soul rest in peace huhuh...

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Free Web 2.0 Template