Salam Buat Semua, Terlebih Dahulu Aku Ingin Memohon Maaf Andainya Post Kali Ini Membuatkan Seseorang Terasa.. Di Tulis Hanya Sekadar Renungan Buat Pembaca Di Blog Ini.Okey,Begini Ceritanya... Seorang Budak Perempuan Berusia 12 Tahun Di Katakan Telah Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Daripada Tingkat 6 Sebuah Apartment Kerana Cuba Melarikan Diri Daripada Di Tangkap Penduduk Selepas Dia Bersama 3 Orang Remaja Lelaki Sedang Melakukan Kegiatan Sumbang Di Atas Bumbung Apartment Berkenaan.. Read More...!!!
Ya ALLAH... Apa Nak Jadi Dengan Anak Muda Zaman Sekarang Ni ?? Sanggup Mengambil Risiko Semata-mata Kerana Ingin Melampiaskan Nafsu Syaitan Masing-masing.. Tidakkah Perbuatan Mereka Ini Telah Mengaibkan Mereka Dan Juga Ibubapa Mereka Sendiri !!! Kadang-Kadang Aku Terasa Sedih Sangat Bila Membaca Berita sebegini.. Aku Dulu Time Muda-muda Pon Jahat Gak... Tapi Takde La Sampai Macam Gini...Tak Pasal-pasal Nyawa Melayang...
Klik "Buka" Bagi Membaca Berita Penuh Dari
Sinar Harian..
Spoiler:
DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri.
Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni untuk Tingkat 6 apartmen terbabit.
Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.
Dalam kejadian di Blok E, Apartmen Lestari di sini tengah hari semalam, mangsa dikatakan cuba melarikan apabila kegiatan sumbangnya bersama tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dihidu penduduk.
Terdahulu mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen dan naik ke tangki air yang terletak di Tingkat 7 bersama tiga remaja lain.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan manakala dua yang lain sempat melarikan diri.
Sinar Harian difahamkan, remaja lelaki tersebut pernah ditahan polis sebanyak empat kali atas pelbagai kesalahan dan dibuang sekolah kerana masalah disiplin
Ketua Blok E, Arbiishah Basir berkata, kumpulan remaja berkenaan sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu.
Menurutnya sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan remaja berkenaan, dia bersama ahli jawatankuasa blok bergegas ke lokasi.
”Jalan masuk ke tangki air itu berkunci jadi kami gegarkan pintu utamanya , jadi mereka panik terus lari dan cuba turun melalui balkoni,” katanya.
Sementara itu tinjauan Sinar Harian ke kawasan tangki air tersebut menemui kondom, coli dan seluar dalam membuktikan kawasan tersebut sememangnya menjadi lokasi maksiat.
Pengurus Bangunan, Maznah Mohamad berkata, kawasan tangki air itu sememangnya lokasi popular melakukan maksiat.
”Kita memang kunci pintu laluan utama ke tangki, tapi mereka masuk melalui melalui celah tangga,” katanya.
Inilah Akibatnya Apabila Anda Membuat Kerja Yang Tak Berfaedah...!!!
http://www.facebook.com/v/447257684436P.s:Jadi Kepada Adik-Adik Yang Terbaca Post Ini, Jauhilah Perkara Terkutuk Sebegini.. ALLAH Itu maha Mengetahui.. Korang Sembunyilah Macam Mana Pun..
p.p.s:Dalam Kes Sebegini, Siapakah Harus di Persalahkan ?
http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang
LIKE Di Bawah.
Aiyooo..Mati katak la wei..Mcm2 lah budak2 skrg kan..Berani buat tp x berani tanggung..
entahlah kenapa remaja sekarang terlampau berani nak buat benda camni..
pdn muka yg head banging tu.tak ke saket tuh haha
panjang akal budak2 nih...
x menahan oke video tu..hahaha~ sapa rasa x cukup ajaran lg tu xtau lah!