Juliana Evans , Sam Bunkface Putus Cinta
11:55 AM
aReaL
, Posted in
Celebrity Malaysia
,
0 Comments
Salam Semua, Setelah Hampir Setahun Bercinta Bagai Nak Rak, Akhirnya Juliana Evans Hari Ini Dengan Pilunya Mengwar-warkan Di Kosmo! Online Bahawa Dia Dan vokalis Bunkface, Shamsul Annuar Mohd. Baharom Atau Lebih Dikenali Ramai Sebagai Sam Sudah Berpisah *Yes Lah.. Ada Chance Aku Masuk Line*. Namun, Bila Di Tanya Apakan Punca Perpisahan Mereka, Juliana Enggan Memberitahu Sebab2 Perpisahan Mereka. Ye La Kan, Tak Kan Nak Buka Pekung Di Ketiak Pula.. Biarlah Ianya Menjadi Rahsia Mereka Berdua Sahaja... Sambung Membaca Di Sini Ye Bang...!!!
Pada Mulanya Aku Agak Terkejut Dengan Pengakuan Iklas Dari Jue Nih, Mana Taknya.. Aku Pernah 2-3 Kali Teserempak Dengan Pasangan Ini Di The Curve, Damansara... Time Tu Nampak DiaOrang Okey Je.. Pas Tu, Jarang Pula Dengar Gosip Pasal Pasangan Ni.. Mungkin Tiada Jodoh Kan... Munking Jodoh Juliana Ni Dengan Aku Kot... Huhuhu....
SETAHUN mengikat tali cinta mereka, vokalis Bunkface, Shamsul Annuar Mohd. Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam dan pelakon Juliana Evans bagaimanapun tidak banyak berbicara mengenai cerita cinta mereka sepanjang jangka masa itu.
Mereka dilihat sebagai pasangan sejoli. Maka, apabila berita perpisahan mereka menjadi kenyataan baru-baru ini, ramai yang terkejut. Tidak tampil memberikan sebarang penjelasan, punca perpisahan mereka menjadi tanda tanya.
Juliana yang ditemui pada majlis pelancaran portal wap Skodeng Artis di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini tanpa berselindung memberitahu mereka sudah berpisah sejak tiga bulan lalu.
Ramai pihak termasuk media ingin mengetahui puncanya. Namun, Juliana enggan berkongsi lanjut.
“Semua orang ingin mengetahui puncanya tetapi saya hanya memberi jawapan kepada mereka yang rapat dengan saya. Sebagai artis, saya hanya selesa memberitahu sama ada saya sedang bercinta atau sudah berpisah.
“Tetapi kalau suruh saya bercerita lebih daripada itu seperti sebab perpisahan, saya tidak akan melakukannya. Apa yang berlaku itu amat peribadi untuk dikongsi bersama secara umum,” ujar Juliana.
Mengakui dirinya lebih seronok selepas kembali solo, pengacara jelita itu menerima hakikat dengan sikap positif. Tiada lagi tekanan, Juliana percaya semua benda yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Maka, dia tidak mahu berfikir panjang mengenai perkara yang sudah berlalu. Bagi Juliana, hidupnya sekarang sudah cukup bermakna terutama apabila perlu membahagikan masa antara pelajaran, karier serta keluarganya.
Namun, pelajar kolej Sunway itu masih mengekalkan hubungan baik bersama Sam. “Kami berpisah dengan cara baik. Jadi sehingga kini kami masih berkawan. Saya pula jenis yang suka mengekalkan hubungan baik dengan semua bekas teman lelaki saya.
“Kita memang lebih jarang berhubung sekarang. Tapi kalau jumpa di mana-mana majlis, kami masih bertegur. Lagipun kami berdua sibuk dengan kehidupan masing-masing,” tambah Juliana yang baru sahaja menghabiskan rakaman drama Cornetto Inikah Cinta.
Bakal beraya di Bagan Datoh, Perak, Juliana turut mengaku ramai jejaka yang ingin mendekati dirinya semenjak kembali solo. Namun, dirinya belum bersedia untuk bercinta semula buat masa ini.
“Bukannya saya sudah serik dengan hubungan cinta tetapi ini adalah masanya untuk saya fokus kepada kerja saya yang lain. Ini adalah masa untuk saya bersendirian dan melakukan benda yang dikehendaki. Lagipun saya amat sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan,” jelasnya lagi.
Menyertai portal wap Skodeng Artis kerana berpendapat ia satu medium untuk mendekati peminatnya, Juliana bagaimanapun tahu batasan informasi yang boleh dikongsi. Sudah menjalankan penggambaran gambar serta memberikan biodata penuh, Juliana juga akan menulis blog bagi portal tersebut.
“Saya tidak akan tayang semua informasi tetapi hanya mengenai kerja. Ia satu medium menarik dan berbeza kepada peminat. Saya juga mempunyai kebebasan untuk mengemaskini maklumat tetapi sekurang-kurangnya sekali seminggu.
“Peminat juga dapat mengetahui personaliti sebenar saya menerusi portal ini. Dari segi keuntungan pula, ia dikira berdasarkan berapa ramai orang yang melanggan isi kandungan saya,” ujarnya yang mempunyai kontrak selama enam bulan bersama portal tersebut.
Sumber : Kosmo! Online
http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 SUPPORT THIS BLOG,by clicking LIKE Button Below.
0 Response to "Juliana Evans , Sam Bunkface Putus Cinta"
Post a Comment