Fimie Don Cedera Dihempap Skuter
5:00 PM
aReaL
, Posted in
Celebrity Malaysia
,
0 Comments
Salam Buat Semua, Malang Tidak Berbau, Ketiak Lelaki Selalu Berbau Kan ?? Adik Fimie Don Baru-baru Ini Di Katakan Cedera Di Bahagian Belakang Akibat Di Hempap Skuter Semasa Menjalani Penggambaran Filem Senario Asam Garam. Kasihan Kan..
"Kemalangan itu berlaku ketika saya sedang melakonkan babak di mana skuter yang saya tunggang secara tiba-tiba menjadi terbelah dua.
"Menurut skrip, babak skuter terbelah dua itu memang bertujuan untuk menimbulkan komedi dalam filem itu. Entah macam mana ketika penggambaran berlangsung, skuter yang saya tunggang itu hilang kawalan dan menghempap badan saya.
"Bayangkanlah, motor sebesar itu menindih badan saya yang kecil ini. Memang sakit sangat hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang," katanya.
Namun, dek komitmen dan kecekalannya, dia bagaimanapun menolak untuk dihantar ke hospital sejurus selepas insiden itu berlaku. Sebaliknya, Fimie menggagahkan diri dan meneruskan babak itu.
Haa... tengok, Betapa Semangatnya Bintang Kecil Ini Untuk Meneruskan Penggambaran Walaupun Mengalami Cedera Di Bahagian Belakang.. Caya la Dik..
Dalam Usia Yang Begitu Muda *12 Tahun*, Adik Fimie Don Kini Telah Berjaya Di Dalam Bidang Industri Perfileman tanah Air..
Jadi Kepada Semua Yang Meminati Adik Fimie Don Ni, Jangan Lupa Untuk Saksikan Filem Komedi Senario Asam Garam Yang Bakal Di Tayangkan Pada 9 September Ini Di Pawagam Berhampiran Anda
P/s:Hari Sabtu Ni Aku,Wife Dan Ryan Dapat Berbuka Puasa Bersama Diana Danielle, Mawi Dan Mila... Yihaaa....!!!! Thank You Mstar.. Love U..
http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.
0 Response to "Fimie Don Cedera Dihempap Skuter"
Post a Comment