Yanie Mentor Masih Hidup ?

Yanie Mentor Masih Hidup ?? Biar Betul Apa Yang aku Baca Dari Harian Metro Pagi Tadi. Mula-Mula Aku Pun Tak Tahu Ada Berita Mengenai Arwah Dalam Hmetro Hari ni.. Nasib Baik Ada aWeKszz Bagi Tau Kat Aku Pasal Ni..






Dalam Artikal Hmetro Tu Menyatakan Bahawa Yanie Sekarang Ni Masih Terlantar Di Hospital, Sedangkan DiDalam Post Yang Aku Buat Sebelum Meyatakan Bahawa Yanie Sudah Tiada.. Mungkinkah Aku Yang Membuat Salah...???


Perasaan Ini Membuatkan Aku Tertanya-Tanya, Lalu Aku Pon Membuat Reseach Kat Google, Blog Dan Facebook.. Apa Yang Aku Dapat Tau Dari Kat Mentor , Ning Baizura , mStar Dan Beberapa Facebook User Menyatakan Bahawa Yanie Sudah Tiada.. Jadi Siapa Yang Betul Ni..??? Perkara Macam Ni Jangan Di Buat Main..

DiSini Aku Lampirkan Keratan Harian Metro Hari Ini..

KUALA LUMPUR: Pemenang tempat ketiga, musim pertama rancangan realiti Mentor terbitan TV3, Sitti Surianie Jul Karim atau lebih dikenali sebagai Yanie kritikal berikutan ketumbuhan dalam paru-paru dan masih dirawat di Hospital Keningau, Sabah.
KENANGAN...Yanie dan Irfin ketika majlis persandingan mereka pada 2007.
KENANGAN...Yanie dan Irfin ketika majlis persandingan mereka pada 2007.
Penyanyi Ning Baizura yang juga mentor kepada Yanie, 25, dalam program itu, berkata dia mendapat tahu berita itu daripada suami Yanie, Irfin Abdul Manan, 30, menerusi SMS dihantarnya, kira-kira 4 petang semalam. “Saya memang terkejut apabila mendengar berita ini dan berusaha menghubungi Irfin mendapatkan maklumat mengenai Yanie tetapi tidak berjaya.
“Sebenarnya, saya dapat tahu Yanie sakit apabila suaminya menghubungi saya, dua hari lalu. Saya difahamkan suaminya, Yanie menderita penyakit itu selama empat bulan tetapi sebelum ini dia sembuh sekejap,” katanya.
Ning berkata, hubungannya dengan Yanie memang rapat sejak dulu.

“Saya juga sering berhubung dengannya dan kami pasti berjumpa setiap kali saya berkunjung ke Sabah. Kali terakhir, kami berjumpa ialah tahun lalu. Saya juga tidak tahu dia sakit ketika itu kerana ketika kami berjumpa dia sihat saja,” katanya.
Yanie selamat diijabkabulkan dengan Irfin di Pejabat Jabatan Pentadbiran Syariah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) di sini, 23 November 2007.
Dengan sekali lafaz, Yanie, sah menjadi isteri Irfin, yang bertugas sebagai pegawai Jabatan Imigresen di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sabah dengan mas kahwin RM200.
Pernikahan disempurnakan Penolong Pengarah (Bahagian Perunding Keluarga) Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Imran Anggun.
Ia disusuli dengan majlis persandingan mereka di Dewan Saadah Wisma Muis.

P/S:Apa Pun Terjadi,Marilah Kita Bersama-Sama Mendermakan Al-Fatihah Kepadanya..




2 Response to "Yanie Mentor Masih Hidup ?"

  1. Irfin dan mesej Klubbkidd dan dah pun mengesahkan pemergian Yanie. Sudahlah dengan semua berita tu. Rest in peace Yanie. p.s. Masuk klubbkidd.com.

    aReaL says:

    Thanks atreyu... Maybe Hmetro Lambat Update...

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Free Web 2.0 Template