Penyanyi era 70-an kekal penjara 19 tahun rogol anak
11:09 AM
aReaL
, Posted in
Anak
,
Celebrity Malaysia
,
Cerai
,
Gosip Artis Malaysia
,
Melodi
,
Penjara
,
Perempuan
,
Rogol
,
15 Comments
First Sekali Time Korang Baca Title Post Ni, Siapakah Gerangan Yang Bermain-Main Di Minda Korang...?? Dah Macam Soalan SPM Bahasa Melayu La Pulak... Hehe..
Inilah Akibatnya Bila Setan Dah Mengawal Minda Dan Fikiran Seseorang Yang Tidak Beriman.. Anak Sendiri Pon Dia Sanggup..
Keratan Berita Tentang Beliau,
PUTRAJAYA: Seorang bekas penyanyi, yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan pada tahun 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya sembilan tahun lalu.
Ia berikutan kegagalannya dalam rayuan akhir di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 2005.
Hakim tiga panel terdiri daripada Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membuat keputusan itu selepas tidak bersetuju dengan hujah yang dikemukakan peguamnya, T Suresh mengenai pencanggahan keterangan mangsa di mahkamah dan keterangannya kepada pakar psikiatrik. Hakim Suriyadi berkata, adalah normal bagi seseorang kanak-kanak untuk memberikan keterangan berbeza kerana perbezaan keterangan, kadang-kadang bukan melemahkan tetapi menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memberi keterangan yang betul.
Beliau berkata, sekiranya kanak-kanak bercakap sesuatu perkara yang sama daripada A sehingga Z, ia ada yang tidak kena, kerana kanak-kanak itu mungkin telah dilatih untuk menyatakan sedemikian.
Penghibur 59 tahun itu, yang menguruskan gerai makanan, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 29 2005 terhadap tuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu berumur 11 tahun dan 10 bulan, di rumah penyanyi itu di Sentul, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang, 26 September 2001.
Dia juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara pada 25 Ogos 2008.
Menurut keterangan kes, mangsa tinggal bersama neneknya di Shah Alam dan kembali ke rumah ibu bapanya di Sentul ketika cuti persekolahan.
Pada hari kejadian, bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa balik ke rumah neneknya di Shah Alam untuk memulakan penggal persekolahan pada keesokan hari tetapi kereta bapanya rosak di pertengahan jalan menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpatah balik ke Sentul.
Mangsa dirogol pada petang berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa. - Bernama
P/S: Kenapalah seorg lelaki bergelar bapa sanggup merosakkan masa depan anak sendiri..
siapa eh? tak boleh fikir pula.
Anonymous.. Salah.. Sila Cuba Lagi..
Qiha, Tak Leh bg Tau.. Nanti aReaL Kena Saman Lak... Kuikui...
nama dia rahman ke agaknya
kalau berniaga gerai tu namanya ramli kan kan kan
Anonymous.. Salah Gak... Kuikuikui... Cepat, Hadiah RM15,000 Menanti Anda... Choiii...
lagu raya yg famous ek?
irwan shah ke?
Betullah mula dgn D.
Zahra Ashiqin - Famous Yaamat.. Macam Famous Ammossal- Jawapan No 1 Tu Da Jauh Terpesong Tu.. Pulanglah Ke Pangkal Jalan.. MMm... No 2.. Mcm Nak Betul Je..
Dato' DJ Dave!! bak cni RM15K..HAHAHA
farhan.. salah gak la... aku pon salah gak... hehehe...orang yang sebenarnya ko bleh tengok kat list ni.. dia yang no.1 atas http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=48824&pid=2984810&mode=threaded&start=
m sani la
haruan dh mkn anak plak..ne lh yg aku sedih sgt ne..dunia dh smpai kat penghujungnya..ish..ish..ish..huhuhuhuhu..subhanallah
m.sani?sape ek?hoho