Mamat Exist Kantoi Guna Motor Yamaha LC Curi Dan Positive Dadah
Salam Buat Semua,Korang Ada Terbaca Tak Berita Baru2 Ni Pasal Artis Popular 90an Di Tahan Polis Gara-Gara Kantoi Guna Motor Curi Dan Positif Dadah ? Pada Mulanya Aku Pon Tak Pasti Siapakah Gerangan Penyanyi Popular Itu.. Akan Tetapi <--Ayat Akan Tetapi Ni Macam Tak Sesuai Jerk.. Setelah Aku Terjumpa Satu Forum,Aku Pon Dok Berfikir.. Betul Ke Mamat Ni Yang Oleh Berita Baru2 Ni... Read More...!!!
Sebelum Ni, Dia Memang Pernah Kantoi Mencuri Handphone.. Di Singapore Rasanya.. Tapi, Tak Kan Kali Ni Dia Lagi Kot...? Mmm... Bila La Ko Nak Insaf Wahai Mamat Oii...
NUSAJAYA: Seorang penyanyi lelaki yang pernah popular dengan kumpulan rock remaja era 90-an ditahan polis semalam selepas disyaki memiliki motosikal curi, selain terbabit dengan penyalahgunaan dadah.Artis lelaki berusia 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, di sini. Ketika serbuan, penyanyi terbabit dikatakan sedang menunggu rakannya sambil berada atas sebuah motosikal di luar sebuah rumah di Kangkar Pulai, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang. Difahamkan, pemeriksaan polis terhadap penyanyi terbabit mendapati motosikal ditungganginya dilaporkan hilang di Tampoi, Johor Bahru, Sabtu lalu. Namun, ketika disoal siasat, artis terbabit memberi alasan kepada polis bahawa motosikal jenis Yamaha LC135 yang dilaporkan dicuri itu dipinjamnya daripada seorang rakan. Penyanyi terbabit kemudian dibawa ke IPD Nusajaya untuk siasatan lanjut sebelum ujian air kencingnya didapati positif dadah. Berikutan itu, polis terpaksa menahan artis terbabit mengikut Seksyen 117 Akta Polis selama 24 jam untuk siasatan lanjut sebelum memutuskan sama ada dia perlu ditahan reman atau dibebaskan. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan artis lelaki terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan. “Dia ditahan hasil maklumat daripada orang ramai dan pemeriksaan mendapati motosikal ditungganginya dilaporkan hilang selain ujian awal dadah didapati positif. “Kes itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki motosikal curi,” katanya.
http://www.youtube.com/v/o1OvYGF_Mh8?fs=1&hl=en_US&rel=0
P.s:Aku Tak Pernah Kena Tangkap Lagi, Korang ?
http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.
0 Response to "Mamat Exist Kantoi Guna Motor Yamaha LC Curi Dan Positive Dadah"
Post a Comment