Ibu Hamil Yang Sarat Mengandung Di Tinju Oleh Pak Guard Hospital !!!

Salam Buat Semua, Inilah Bakal Terjadi Apabila Seseorang Itu Berada Diluar Kawalan Atau Lebih Tepat Lagi Seseorang Itu Sakit Mental,Dalam Kes Macam Ni, Aku Tak Rasa Yang Pak Guard Ni Yang Bersalah.. Sebab Dia (Pak Guard) Ni Memang Sakit Mental.. Yang Bersalah Dalam Kes Ni Ialah Syarikat Pengawal Keslamatan Itu Sendiri Dan Pihak Hospital.. Kerana <--*Tu Dia* Tidah Menjalankan Ujian Kesihatan Terlebih Dahulu.. Read More...!!!



Dan Hasilnya, Seorang Ibu Sarat Mengandung Di Tumbuk Bertubi-Tubi Di Perutnya Oleh Pak Guard Itu Tadi.. Dia Ingat "SandBag" Kot... Apapun, Ibu Tadi Dan Babynya Selamat... Alhamdullilah... Berita Penuh Di Bawah Wokey.. Klik "Buka" Untuk Membaca Petikan Yang Di Copy/Paste Dari Metro Hari Ini...

Spoiler:

MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.


Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.


“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.


Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.


“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.

“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.


P.s:Kalau Dia Tak Pernah Sakit Mental, Tiba-Tiba Je Sakit Mental Lak.. Nak Salahkan Siapa ???

Video Yang Takde Kena Mengena.. Tapi Aku Nak Letak Sini Gak... Hahaha...
http://www.facebook.com/v/466259309436

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam

Salam 1Malaysia, Kelihatan Habuk Tebal Di Sekitar Keyboard Aku Ini Setelah 2-3 Hari Tak MengHupdate Blog.. Bukan Malas, Tapi Cuma Masa Dan Keadaan Yang Tak Mengizinkan <--Alasan... Okey, Berbalik Kepada Tajuk Kita Hari Ini.. Nak Tanya Kepada Sesiapa Yang Ada Menonton Filem 2 Alam, Arahan dR.Rozmey.. Teruk Sangat Ke Filem 2 Alam Ini Hingga Penonton Yang Pergi Tengok Pon Rasa Malu Nak Mengaku Yang Dia Tengok Filem Itu ?? Bukankah Filem Ini Telah Di War-warkan Bakal Menjadi Filem Yang Bakal Dicatat Dalam Sejarah Perfileman Malaysia.. Bukankah Filem Ini Bakal Memecah Punggung Panggung Dengan Hasil Kutipan Sehingga RM40 Juta ?? (adnan Sempit Pon Kalah Beb...!!!) Bukankan Cinta Itu Buta ?, Berapa Banyak "Bukan" Daa...!!! Read More..!!!

Gambar Aaron Aziz Dan Suhaillah Salam Mana Bro ??

Tapi Inilah Kenyataan Yang Harus Di Terima Oleh dR.Rozmey Dan Para Barisan Pelakon Filem Ini Yang Filen Ini Memang Suck Teruk...!!! Pertama Kali Dalam Sejarah Rasanya Sebuah Filem Itu Membuatkan Penonton Berasa Malu Menontonya.. Dan Buat Pertamakalinya Aku Tengok Poster Filem Itu Dihiasi Dengan Muka Produser Filem Itu Sendiri.. (Muka Pelakonya Kurang Atau Langsung Tak Ada) Dan Buat Julung Kalinya Lagi... Produser Filem Itu Sendiri Sendirian Turun Padang Untuk Menandatangani Autograph Kepada Peminat.. (Pelakon Utama Takde Ke ??).

Sunyum Bro..!!!
Sebelum Ini,dR.Rozmey Pernah Membuat Kenyataan Di Akbar Kosmo (Untuk Pengetahuan, Metro Dan Kosmo Telah "Di Beli" Oleh dR.Rozmey) Mengatakan Bahawa Jumlah Kutipan Tiket Daripada Penipuan Filem 2 Alam Di Hari PERTAMA Telah Berjaya Mengumpul Sebanyak RM 2Juta. Padahal,Di Website Finas Menunjukan Jumlah Kutipan Yang Jauh Berbeza.. Hanya RM230 Ribu Berjaya Di Raih Oleh Filem 2 Alam Pada Hari Ke 7 Filem Itu Di Tayangkan..

RM2Juta Atau RM2000 ?
Jadi, Tahniah Di Ucapkan Kepada dR.Rozmey Kerana Berjaya Menipu Kami Semua Mengubah Dunia Perfileman Malaysia <-- Dia Kata, Dan Diharap Filem Ke-2 dR.Rozmey Bersama Pamela Anderson Bakal Mengaut Lebih Banyak Keuntungan.. Mungkin RM100Juta Pula Selepas Ini Sasaran dR.Rozmey.. Siapa Tahu !!!Untuk Berita Penuh, klik "Buka"...

Spoiler:

PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.

Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.

“Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.


“Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.

“Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain,” ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.

Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.


Keadaan Panggung Wayang Di One Utama Pada Hari Pembukaan.. Penuh ?

“Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.

“Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja,” katanya.

Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.

“Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.

“Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta,” ujarnya.

Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja.

Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam.

Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta. - mStar


Di Harap Semua Kritikan Membangun Ini Bakal Membuatkan dR.Rozmey Lebih Matang Dalam Dunia Perfileman Di Malaysia. Dan Udah-Udah Le Menipu Tu.. Zaman Sekarang Ni Orang Boleh Check Online.. Boleh Tahu Mana Satu Panggung Yang Penuh Dan Yang Kosong...Dan Lagi Satu, Kami Sebagai Penonton Yang Membayar Tiket RM9 Layak Bersuara Kerana Kami Mahukan Yang Terbaik Daripada RM9 Yang Kami Keluarkan Itu.. RM9 Pon Duit Maaa.... Hehehe.. Betul Tak...?

Layan Video Hasil Kutipan Filem 2 Alam Yang Lawak Giler... Hehehe...

http://www.facebook.com/v/461979814436

P.s:Perasaan Korang Selepas Menonton Filem 2 Alam Untuk Di Kongsi Bersama ? Malu, Gembira Atau Berbangga..


http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Sejadah Bercorak Kepala BABI !!! Siapa Punya Kerja Ni ??

Salam Buat Semua,Terkejut Beruk Bercampur Sakit Hati Membaca Petikan Di Harian Metro Pada Awal Pagi Tadi.. Mana Tak nya.. Sejadah, Yang Biasa Kita Gunakan Untuk Bersolat Tu, *Tak Tahu? Korang Memang Jahil* Tercetak Corak Muka Atau Kepala BABI Di Bahagian Tepi Sejadah Tersebut.. Banyak Ekor Pulak Tu.. Eeeii.. Haram Tu.. Sapa La Punya Angkara Ni Kan.. Dah Takde Kerja Lain Ke Buat ? Kalu Dah Gian Sangat Nak Buat Corak Kepala Babi Tu, Ko Buat Je La Tatoo Kepala Babi Tu Kat Punggung Ko Tu Ha.. Vodoh...!!Read More...!!!


Pada Pendapatan Aku La Kan,Tak Mungkin Benda Macam Ni Terjadi Secara Tidak Sengaja,Mereka Yang Mengeluarkan Sejadah Ini Memang Haram Jadah Sengaja Mencetak Muka Babi Tersebut Di Permukaan Sejadah Tersebut,Kan... Kan..!!! Baik Mengaku Cepat.. Hehe... Dan Bagi Mencepatkan Proses Penyebaran Sejadah Ini, Mereka Menjual Pada Harga Yang Jauh Lebih Murah... Biadap Kan Mereka... Klik Buka Untuk Membaca Berita Penuh..

Spoiler:

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.


“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.



Gambar Sekarang Hiasan Dalaman
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang. - Harian Metro

Biadap Tul Kan...? Geramnya Aku.. Kalau La Dapat Tangkap Induvidu Yang Buat Kerja Bodoh Ni.. Sembelih Je Buat Korban... Hidup Menyusahkan, Mati Tak Mau.. Haa... Cerita Pasal Korban, Korang Tengok Video Ni.. Lumbu "Orang Indon Ckp Sapi,Orang Putih Panggil Cow,Orang Jepun Aku Tak Tau.. Kena Tanya ZackZukhairi* Yang Bakal Di Korban Ini Menyebut Nama ALLAH.. Jelas Pula Tu.. Subhanallah...


http://www.facebook.com/v/462086934436

P.s:Jom Periksa Sejadah Yang Kita Ada Sekarang.. Mana Tau Tah Ada Corak Yang Tak Diingini Kat Situ..



http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Rabecca Nur Al Islam Yang Semakin Seksi Jah

Salam 1Malaysia, Rabecca Nur Al Islam.. Nama Yang Aku Rasa Tak Perlu Aku Terangkan Panjang Lebar Kepada Korang Semua,Karna Muka Dan Namanya Dah Selalu Sangat Bermain Di Slot Drama Hampir Setiap Hari <-- Iye Ke Setiap Hari ? Read More...!!!

Benda Putih Yg Terkeluar Dia Pegang Tu Menatang Apa Ek ?
First Time Masa Aku Mendengar Nama Dia Sebagai Seorang Pelakun Drama Dulu, Aku Dok Membayangkan Yang Si Rabecca Nur Al Islam Seorang Yang Bertudung/Berpurdah LV Dan Menutup Aurat Macam Waheeda Tu <--Kisah Benar, Tapi.. Sangkaan Aku Hampa Belaka,Kusangkakan Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Tsunami Datang Di Tengah Hari, TErbakar Kampung Ternampak Asap, Terbakar Roti, Siapa Tahu,.. Indah Nama Dari Orangnya... Jadi, Kita Layan Je La Ek.. Cakap Banyak2 Kang Ada Orang Menghentam Aku Pula..

Bag LV Ada La..

Threesome ?

Aksi Manja Rabecca Nur Al-Islam


Sedikit Info Berkenaan Beliau:
NAMA: Rabecca Nur Al-Islam Ahmad
USIA: 24 tahun
TARIKH LAHIR: 30 April 1986
ASAL: Johor Bahru
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
STATUS:Bujang Senang
KELUARGA: Anak ketujuh daripada lapan beradik
DRAMA/TELEFILEM: Antaranya Simbiosis, Gerak Khas, Dua Hati, Dendam, Cinta Bukan Di Atas Kertas, Korban Sakina, Tangisan Bulan Madu, Bulan Bertemu Bintang, Selembut Sutera Kilauan Mutiara, Sutera Maya, Gadis Kosmo, Kasih Alam, Serpihan Laungan Takbir, Jangan Tegur Lagi, Jalan Pinang Sebatang. FILEM: Malaikat Maut, Keramat
TEATER: Anom, Di Mana Bumi Dipijak dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta

Video Yang Takde Kena MEngena Dengan Post... Tapi Aku Nak Letak Kat Sini Gak... Hehehe.....
http://www.facebook.com/v/463339929436

P.s:Tak Terfikir Nak Tukar Nama Ke ? Hehehe..

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL:Artis Malaysia, Drama Lakonan Rabecca Nur Al Islam, Duda Anak Dua, Facebook Rabecca Nur Al Islam, Filem Lakonan Rabecca Nur Al Islam, Gambar Rabecca Nur Al Islam Seksi, Gambar Seksi, Gambar Seksi Artis, Gambar Seksi Artis Malaysia, Gambar Seksi Rabecca Nur Al Islam, Gambar Terbaru, Gambar Terbaru Rabecca Nur Al Islam, Gossip Rabecca Nur Al Islam, Gossip Terbaru Rabecca Nur Al Islam, Kekasih Rabecca Nur Al Islam, Rabecca, Rabecca Nur Al Islam, Selebriti Malaysia Seksi, Siapa Rabecca Nur Al Islam?, Twitter Rabecca Nur Al Islam,Album Hujan, Album Hujan 2010, Album Lonely Soldier Boy, Album Terbaru Hujan, Album Terbaru Hujan Lonely Soldier Boy, Download Lonely Soldier Boy, Lagu Dalam Lonely Soldier Boy, Laman Rasmi Hujan, Lonely Soldier Boy, Morning Rocket, MP3 Lonely Soldier Boy, Pelancaran Album Hujan, Senatai Lagu Lonely Soldier Boy, T-shirt Hujan,biodata rebecca nur islam, drama rebecca nur islam, gambar rebecca nur islam, gambar seksi rebecca nur islam, gosip rebecca nur islam, pelakon drama rebeca nur islam, rebeca nur islam, Rebecca Nur Islam Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Promosi AirAsia Yang Menjolok Mata ?

Salam Buat Semua,Siapa Di Kalangan Korang Yang Melayari Laman Web Airasia 2-3 Hari Ni ? Sila Angkat Tangan !!! Korang Perasan Tak Iklan Promotion Terbaru Daripada Syarikat AirAsia ?, Penerbangan Dari Kuala Lumpur Ke Paris Pada Harga Yang Begitu Menarik Skali.. Harga Bermula Daripada RM499.. Murah Kan..? Tapi, Bukan Harga Murah Yang Menjadi Persoalanya.. Persoalanya, Kenapa Buka Je Wabsite AirAsia Ni, Terus Keluar Pop-Up File Berformat SWF Yang Agak Kurang Sesuai Bagi Aku.. Bagi Korang Aku Tak Pasti La Pula.. Read More...!!!


Untuk Orang Dewasa Mungkin Okey, Cuma Bila Kadang-Kadang Budak Hingusan Dan Yang Belum Sunat Remaja Bawah Umur, Macam Aku Yang Buka.. Tak Sesuai La Kot.. Pada Pop-up Tersebut, Korang Boleh Nampak Gambar Pasangan Kekasih Berpelukan &Berkucupan Dengan Begitu Romantiknya, Berlatar-Belakangkan Eiffel Tower.Tau La France Merupakan Salah Satu Destinasi Terbaik Untuk Berbulan Madu.. Tapi, Tak Payah La Siap Letak Pop-up Yang Menjolok Mata Dan Melampau Macam Ni.. Apapun,Kepada Yang Berhajat Nak Pergi Pergi Melancong Tu, Korang Boleh La Pergi Usha Promotion Menarik Ni Di Website AirAsia.. Mana Tau Kot-Kot Berkenan.. Kalau Iklan Tersebut Telah Di-removekan, Korang Bleh Try Usha Kat Link Ni...Sekian, Terima Kasih...

Nak Belajar Bahasa France Ke..? Mungkin Video Di Bawah Dapat Membantu... <-- Eh! Bahasa France Ke Ni ?http://www.facebook.com/v/461979814436

P.s:Rasa Macam Nak Pergi Berbulan Madu Lagi Skali Pun Ada... Nak G Mana Ek ?

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Gambar Sekitar 8TV ShoutAward 2010 Dan Senarai Nama Pemenang

Tahniah Buat Semua,8TV ShoutAward 2010 Telah Pon Berakhir.. Daripada Video Dan Gambar Yang Aku Tengok, Bukan Main Best Lagi Ek.. Rugi La Tak Pergi.. Tahun Depan Mesti Kena Pergi... Anyway, Tahniah Kepada Semua Pemenang.. Terutama Sekali, Yuna.. Skali 3 Award Dia Balun.. Tak Rugi Dia Tempah Baju Yang Pelik-Tapi-Lawa Ke 8TV ShoutAward 2010 Ni.Kat Bawah Ni Ada Beberapa Keping Gambar Artis Yang Memeriahkan
8TV ShoutAward 2010,Korang Layan La Ek... View More...!!!





































Senarai Pemenang:

Best Rockstar Award : Bunkface
Favourite TV Personality Award : Zizan Raja Lawak
Breakthrough Local Feature Award : Lagenda Budak Setan
Best Popstar Award : Yuna
Power Vocal Award : Faizal Tahir
Fresh TV Series Award : Nur Kasih
Favourite TV Program Award : Showdown 2010
Music Video Award : Bunkface
Flava Award : Mizz Nina
Hot Guy Award : Henry
Hot Chick Award : Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award : Phat Fabes
Favourite Radio Show Award : HotFM AM Crew
Best On-Screen Chemistry Award : Afdlin Shauki and Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artiste of The Year Award : 6ixth Sense
Break Out Award : Yuna
Ultimate ShoutAward : Yuna

Persembahan Mizz Nina Yang Bertenaga.. Video Yang HQ Aku Tak Dapat Cari Lagi.. Sapa Ada Sila Share La Ek..


http://www.youtube.com/v/52xxugsIF4I?fs=1&hl=en_US&rel=0

P.s:Aku Suka Tengok Mizz Nina Di 8TV ShoutAward 2010 Ni.. Chomel Je Masa Di Pakai Baju Kaler Kuning Tu... Bertuah La Ko Noh Oi...!!!

P.p.s:Artis Yang Korang Suka Di 8TV ShoutAward 2010 ?



http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Free Web 2.0 Template