Fasha Sandha Punca Hubungan Almy & Fizz Fairuz Bergoyang
Nampaknya Pergaduhan Twitter Di Antara Fasha Sandha,Tiz Dan Jejai Semakin Hebat.. Dan Kini, Yang Menjadi Mangsa Keadaan Ialah Almy & Fizz Fairuz. Pasangan Ini Di Katakan Agak Terganggu Apabila Mereka Turut Dikaitkan Dalam Masaalah Ini.. Hai..!! Tu La Pasha Panda Oi... Nak Gaduh Lain Kali Jangan La Libatkan Orang Lain.. Kang Tak Pasai-pasai Kena Seligi Kepala Lutut Kamo Tu Ngan Fizz... Muahahaha... Sambung Baca Di Sini
Almy berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu Tizz dikatakan turut mengganggu hubungan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli, bekas suami Nora Danish.
Bagaimanapun kata Almy, sebelum berita tersebut tersebar, dia dan Fizz telah terlebih dahulu menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin.
“Sewaktu mendengar berita ini, saya telah menghubungi Fizz dan pada mulanya dia agak berang dengan apa yang berlaku tetapi akhirnya masalah yang terjadi itu dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Fizz Fairuz memberi amaran kepada pelakon Fasha Sandha agar tidak mengaitkan dirinya dengan Tizz Zaqyah semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.
Fasha dalam sebuah akhbar dikatakan membuat kenyataan menuduh Tizz sebagai individu yang bertanggungjawab mengganggu hubungannya dengan Rizal Ashram selain cuba menggoda Fizz Fairuz. Perbuatan Tiz itu dikatakan turut menyebabkan kemarahan Almy Nadia.
Kata Almy, dia tidak menafikan sebelum ini Fasha pernah bertemunya dengan Fizz untuk mengetahui konflik hubungan melibatkan Tizz Zaqyah itu tetapi mereka enggan masuk campur.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang hubungannya dengan Tizz itu, Almy enggan mengulas mengenainya.
"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.
"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.
Sumber:Harian Metro
P/S:Jejai Mesti Dok Bangga Sekarang Ni Kan...?? Kerana Dia, Macam-Macam Boleh Terjadi... Tahniah Jejai..!!!
http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62
0 Response to "Fasha Sandha Punca Hubungan Almy & Fizz Fairuz Bergoyang"
Post a Comment