Benjy Menjadi Kambing Hitam
Dari Pelakon Kepada Seorang saintis. Itulah gambaran yang digunakan pihak polis untuk menyifatkan Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Benjy, ekoran penemuan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis syabu di kondominiumnya. Penemuan itu dibuat atas maklumat yang diberikan Benjy ketika penahanan kali keduanya. Baca Sampai Habis ...
Dalam laporan Harian Metro itu juga - 'Benjy umpama 'saintis'' - turut didedahkan yang Benjy mendapat resipi membuat syabu dari Internet.
Bila dimaklumkan tentang pendedahan polis itu oleh wartawan Harian Metro, ibu Benjy, seniwati Azean Irdawaty menafikan semua itu sebagai satu penipuan - 'Saya yakin Benjy tak bersalah'. Tegasnya, dia lebih mengenali anak lelaki tunggalnya itu dan yakin Benjy tidak terlibat dengan aktiviti dadah.
Tambah Kak Yan, tidak dilihat sebarang perubahan pada Benjy. Malah seminggu sebelum ditahan, Benjy dikatakan telah meminjam RM50 daripada adiknya. Bagi Kak Yan, jika benar anaknya mengedar dadah, hidupnya sudah pasti senang-lenang.
Selain mengemukakan kemungkinan peralatan membuat syabu tersebut milik orang lain, Kak Yan juga merasakan Benjy barangkali dijadikan 'kambing hitam' dan dipaksa mengaku peralatan tersebut miliknya.
Turut dibangkitkan Kak Yan dalam temuramah itu, isu pihak polis yang masih belum memohon maaf atas tuduhan mendakwa Benjy ditahan dengan lebih 800 gram kokain bernilai lebih RM650,000. Padahal serbuk itu sodium bikarbonat atau serbuk penaik.
Sumber:gua.com.my
P/S : Kambing Hitam Yang Dimaksukan Tu Ape Eh..!!! Kambing Gurun Ke ?? Ni Nak Kena Tanya Mr.Karam Singh Walia Baru Tau Makna Dia Yang Tepat,Mudah Dan Betul.
kecian.. mak die dh la cakit, kdng2 kita tak tahu prngi anak kite, blkng kite cam ne kan? dpn kite pijak semut pon tak mati. klu cam tu kite plak pijak die sampai mati. tp cite cintaku saerah tu mmng best... tersentuh giler... sampai mengalir air ketiak aku hu..hu.. sob.. sob.. aku doakan yg t'baek utk family dieorg.
kambing hitam itu kambing yang suka berjemur di tengah panas. hehe
Anonymous - Memang Tersentuh Drama Tu.. Tapi Yang Aku Pelik Sangat Karang Ni Nape Air Ketiaak Pon Kuar Gak...?? Tu Mesti Kes Xpakai D'dorant Ni.. kuikuikui...** a i l y ** - Ko Ni Dah Menyesatkan Aku Lagi La... Aku Betoi2 Tak Tau Ni.. "kambing Hitam" Tu Maksud dia Kambing Spesis Negro La.. Apa La Ko Ni.. Hehehe...
kambing itam tuh ibarat kite digunakan la untuk kslhan org len..adoiii
seorang ibu yg betul2 ibu x akan kata anak dia jahat.Anak yang kita kandungkan & lahirkan itu adalah sebaik2 insan.KAlau jatuh pada aku pun aku x akan sekali-kali nyatakan kejahatan anakku meskipun sejuta kali org lain menghebahkan kejahatannya.Sabat ye k.yan.
jangan meghakimi seseorang itu sesuka hati kalau kita tidak tahu dan pasti akan kebenarannya...sebagai manusia kita harus sedar yang kita ini masing-masing ada kekurangan maka,dengan itu jangan pandang orang yang salah itu jahat.Cerminlah diri kita sebelum kita menilai orang lain......fikir-fikirkanlah..................