Bas Terbalik Lagi....!!!! 17 Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cedera

Salam Buat Semua, Lagi Kes Bas Terbalik.. Kali Ini Melibatkan 41 Orang Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Di Laporkan, Hanya 17 Daripada Cedera Dan Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku.. Alhamdulillah Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku.. Tak Sanggup Rasanya Nak Melihat Gambar Dan Video Mayat Bertaburan, Macam Kes Kemalangan Ngeri Bas Pada Tarikh Keramat 10.10.10 Baru-Baru Ini... Read More...!!!



Sumber Mengatakan Para Pelajar Ini Yang Dalam Perjalanan Pulang Dari Kota Baharu, Kelatan Ingin Pulang Ke Negeri Sembilan Setelah Selesai Menghadiri Satu Programe Yang Di Adakan Di Kota Baharu.. Untuk Keterangan Lebih Detail.. Korang Boleh Baca Petikan Berita Harian Di Bawah Ni.. "Klik Buka" Ye...

Spoiler:
ua Musang: Seramai 17 daripada 41 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di sini, pagi semalam.

Semua pelajar yang cedera dalam kemalangan jam 1.45 pagi itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Seorang saksi, Razali Yusoff, 54, berkata kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan selepas menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan.

Razali dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang selepas mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur melihat bas itu dalam keadaan tidak terkawal sebelum terbalik di tepi jalan.

“Saya bersama rakan membantu mangsa keluar dari dan menghubungi balai bomba berhampiran kerana ramai yang terperangkap dalam bas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rosli Che Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi.

“Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa terbabit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian,” katanya.


Gambar Semasa Kemalangan...






Kemalangan Berlaku Tanpa Di Duga... Berhati-Hati Di Jalan Raya <-- Macam Pantun La Pulak.. Hehehe...http://www.facebook.com/v/444678994436


P.s:Kemalangan Berlaku Di Kawasan Hutan Kelapa Sawit, Jadi.. Jangan Ada Yang Membuat Andaian Dan Mengatakan Bahawa Bas Ini Di Pandu Laju Okey... Maybe Faktor Jalan,Angin Atau Hantu Yang Menyebabkan Kemalangan Ini Berlaku..

P.p.s: Tahun Ni Dah Berapa Kali Kemalangan Yang Melibatkan Bas Berlaku Eh..?





http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?id=300718539016&width=505&connections=0&stream=false&header=false&height=62 LABEL Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

3 Response to "Bas Terbalik Lagi....!!!! 17 Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cedera"

  1. saya pelajar UIA gombak....tibe2 jer

    saya pelajar uia jgk..wekekek

    salah sebenarnye maklumat kat surat khabar...saye kwn kepada org yg cedera2 tuwh..kampus nilai..dak asasi..kami bukan ade program tapi cuti sem laa..habis cuti sem nak balik ke nilai...

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Free Web 2.0 Template